Tuesday, 22 July 2014

MH17

MH17 : BILA AKU MENDONGAK KE LANGIT DAN SENYUM LALU KAU KETAWAKAN AKU...NESCAYA KAU AKAN KU LEMPANG KUAT-KUAT!

Beberapa minggu di perantauan untuk urusan kerja jangkapendek cukup lama juga untuk buat kita rindu bau tanah dan udara Malaysia. Biarlah jerebu mahupun berbau, tanah ini tanah aku. Dari baju kulit kambing bertukar baju t-shirt senipis "Pagoda" pun rasa macam nak buka juga panasnya Malaysia ni tapi ini tanah aku...panas-panaspun aku suka.

13 Jam terbang dari O'hare Chicago sampai ke Hong Kong menaiki pesawat penerbangan jenama Amerika cukup membosankan. Tetapi sejurus bertukar ke MH...semuanya terasa seperti di rumah sendiri. Disambut dengan senyuman pramugari dan pramugara yang menyapa

"Apa khabar encik" (Woww...cakap Melayu...dah 2 minggu tak dengar orang cakap Melayu"

Ditambah pula dengan tray di hadapan penyambung antara aerobridge dan pesawat ada terhidang Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa suratkhabar yang sangat familiar rupanya. Kucapai juga walaupun jika di Malaysia, tak pernah kubeli dan kubaca suratkhabat itu kecuali muka aku masuk dalam rencananya (barulah nampak aku borong sampai 10 naskah untuk diedar bagi pada orang kampung termasuk Pak Bilal yang meroyan tak dapat bermenantukan aku...dulu eksyen).

Duduk sahaja dalam pesawat, dah mula rasa macam di Malaysia. Sedangkan masih jauh lagi. Juruterbang pesawat membuat pengumuman dalam Bahasa Melayu, pramugari berbahasa Melayu, Ahbeng dan Ahseng yang bercakap dalam telefon menggunakan Bahasa Manglish (The one with "...Maaa" and "...mehh" in the end of many sentences) tak dilupa Makcik-makcik yang baru balik shopping di Harbour Front sambil membanding-banding cincin siapa lagi mahal...tapi masih dua-dua sama dengan aku duduk kelas Ekonomi (mungkin low-profile).

Dalam movie playlist pula ada cerita-cerita Melayu hasilan David Teoh yang sumpah aku tak panjat wayang kalau nak tengok tapi aku layan juga pasal dalam penerbangan itu dah rindu yang "melayu-melayu" maka cerita Melayu kelas ke-3 pun dilayankan juga. Dalam hati...kelakar juga sambil-sambil membuat kritikan ala Hassan Mutallib pada setiap plot dan sinematografinya.

Pernah dahulu terbang dari Saudi untuk pulang ke Malaysia, dihadiahkan pula dengan 3 dozen kacang Malaysia Airlines oleh seorang pramugara yang meminati karya fotografi ku. Berkaca mata aku tengok kacang-kacang yang dibungkus dengan tisu dapur (untuk cover jgn orang nampak)...katanya nanti orang lain nampak orang lain pun nak banyak macam tu. 





Touch-down sahaja, aku sudah gembira macam sudah sampai ke rumah memeluk anak dan isteri. Alhamdulillah. Selimut MAS (pernahlah sekali), Going Places (setiap kali) dan kalau dulu ada sudu-sudu besi berlogo MAS memang selamat masuk dalam beg sebagai cenderamata. Janganlah gelak, aku tahu korang pun begitu juga (harapnya ini bukan sebab kerugian MAS).

Pernah sekali, sewaktu berada di tengah Kota London ternampak kelibat MH berlegar dalam putaran besar untuk menunggu giliran mendarat di Heathrow lalu aku berhenti serta mendongak ke langit dengan tangan di dada. Pelanggan Inggeris aku bertanya...mengapa kamu mendondak dan tersenyum sendiri? 

"Aku sedang melihat...BENDERA NEGARAKU SEDANG DITERBANGKAN di atas langit kamu". 

Kutip semula bendera yang jatuh
Kita kibarkannya semula
Walaupun ramai yang mencemuh
Biarkan sahaja mereka kerana mereka tidak pernah mengibarkan jalur gemilang setinggi yang kamu biasa lakukan

#ChinUpMAS #WeWillStillFlyMH

SAIFUL NANG
Penerbang MAS


* share till this post have a million reads (approximately 5000 shares) then this story might go on short-film

Monday, 21 July 2014

Semua orang ada



"Dalam hidup ni kita tak boleh terus menyimpulkan sesuatu itu
sebagai satu keputusan.
Beringat.. jangan masa gembira kita berjanji macam macam
bila masa marah macam macam
 juga yang keluar dari mulut.
Menolak suatu andaian itu berdasarkan daripada apa yang kita
rasa logika. "







Thursday, 17 July 2014

Hati.

aku tak harap sekaya firaun
aku pun tak harap kecantikkan sementara.
cuma aku harap aku boleh jadi seperti apa yang aku sendiri mahukan.
macam kita nk orang tu jadi, kita jadi la seperti apa
 yang kita harapkan pada orang tersebut.




Wednesday, 16 July 2014

CDM 25

"Seseorang boleh jadi terkenal kerana dia seorang yang baik seperti Uncle Sim.
Nak jadi terkenal juga boleh dengan cara jadi orang jahat macam Botak Chin atau Mat Komando.
Anda juga boleh terkenal kalau bijak ambil peluang. Contohnya, Digi offer nak baiki dua-dua kereta. Ini taktik bisness yg bijak.

Anda juga boleh jadi terkenal kerana cara murahan.
Contohnya, Hehee... bawak teropong buloh nak cari MH370.
Ada orang yang tak dikenali di bumi tetapi dikenali di kalangan penghuni langit.
Kalau bukan kerana Islam, saya lebih memilih untuk tidak dikenali... "

- DrAzman Ibrahim


Aku setuju apa yang di taip.


Aku cuba letakkan diri sebagai anak kepada Uncle Sim.
Tersiat juga hati.. Mau taknya kalau bapak hang kena tengking depan orang ramai,
apa hang rasa ?
Tapi aku hormat cara Uncle Sim.
Walaupun keretanya kena hentak dengan pompuan $#@$&**^$$%& nih
kena tengking... akhir kata dari Uncle Sim
"Saya maafkan dia...."
Orang bukan ISLAM kata begitu ?
hang pula pompuan... Islam... ada akal.. ada iman..
tak boleh fikir ?


dari AMAR karikatur



Tapi aku yakin masa tu iman hang tak daa, sebab tu hang hempuk
kereta Uncle Sim dengan STEERING LOCK.
Memang aku bukan TUHAN nak nilai buruk baik dosa pahala orang.
dasar perangai pulak bukanlah macam malaikat
Tapi aku manusia ada hati... rasa ihsan.


Sekarang pompuan %$#&*%$( tersebut telah pun meminta maaf
dari Uncle Sim.
Bagus la tu. Kesedaran baru datang.
Di sini aku nak tekankan, kuasa VIRAL tu agak berbisa
sekali hang memVAVI di laman sesawang,
dapat pulak pada mereka peka dengan isu isu VAVI.
Tang tu jugak hang kena TIBAI dengan DONIAAAAAA.



Lagi lagi KHK -..-"
Sapa kenal KHK baguih ler.
Tapi bukan takat diorang jaa.. sesapa pun boleh VIRAL kan
isu VAVI anda sekalian.



Yang paling dekat,
kiri kanan hampa tu.
Jaga jaga..



 - KBAi -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...